Ahad, 20 Disember 2015

Ayam Goreng Berempah & Gulai Nanas Ikan Masin


Ayam Goreng Berempah

#seekor Ayam dipotong Dan dibersihkan.

Bahan perapan:
2 inci halia
5 ulas bwg putih
Sesudu jintan Manis
1/2 sudu ketumbar
5 btg serai
15 tangkai cili kering..buang biji...rebus
@ blend kesemua bahan di atas.

5 sudu tpg jagung
4 tangkai daun kari
Garam Dan kunyit
Minyak unt menggoreng

Cara:
Perapkan Ayam dgn bahan kisar paling kurang 10 minit bersama garam kunyit serta daun kari.

Panaskan minyak ..... Ketika mula hendak menggoreng taburkan tpg jagung rata...barulah mulakan menggoreng.
# kawal api agar Ayam tidak berwarna perang gelap.

Nanas ikan masin
Bahan :
5 biji bwg merah
4 ulas bwg Putih
10 tgkai cili api ..nk pedals boleh tambah.
1inci halia
@ kisar bhn di atas

4 btg serai
1/2 kilo San tan
Ikan masin - bersihkan
Garam n gula
Serbuk kunyit
Nanas dipotong...rebus...tos
Air

Cara:
Rebus bhn kisar dgn secawan air hingga hilang maung...Dan jadi layu. Masukkan juga serai yg telah dititik Dan sesudu kecil serbuk kunyit.

Masukkan nanas...Gaul rata ..rebus lagi tambah lagi secawan air. Biar sebati nanas Dan bahan tumis.

Setelah berpuas hati...masukkan ikan masin...rebus sekejap.
Akhirnya sekali ...masukkn santan.
Perasakan garam Dan gula.
Olah kuantiti kuah yg diinginkan...byk atau sedikit....terpulang.


Telur masin homemade.....tq kak Enni.....

Nota kaki: Dah lama x upload..... Errrmmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan